Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog http://jejakrimba.blogspot.com/

Tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan gambar-gambar yang menarik kepada meraka yang gemar dgn aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan faona yang terdapat di negara kita .



Kelab jejak Rimba ini adalah dibawah organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur dan ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2007 dimana projek yang pertama kami adalah mendaki mendaki Gunung Tahan pada tahun 2008.

selain dari aktiviti-aktiviti lasak,Kelab Jejak Rimba ditubuhkan adalah bertujuan untuk mempromosi aktiviti persembahan di Istana Budaya.untuk maklumat lanjut mengenai Istana Budaya, anda bolehlah melayari http://www.istanabudaya.gov.my/
Melalui Blog ini,kami sangat Mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan serta pengalaman-pengalaman anda untuk dikongsi bersama kami.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa anda disini.


"Menyapu Awan Menyulam kenangan"

Team Jejak Rimba

Team Jejak Rimba
Istana Budaya

3/04/2010

Misi Jejak Rimba Menawan V2 Berjaya


 Tahniah diucapkan kepada semua peserta XPDC mendaki Gunung Korbu,Gayong,Yong Yap dan Yong Belar kerana berjaya menahkluki keempat-empat puncak tersebut yg tergolong dalam V2.Segala keperitan dan kepayahan telah berjaya diharungi bersama untuk menjayakan misi tersebut.Track ini terlalu mencabar kepada-kepada pendaki dari segi mental dan fizikal.Tidak lupa juga kepada group Muzium yang banyak memberi kerjasama pasukan untuk menjayakan misi ini.Terima kasih kepada Guide kami iaitu Alen dan Abang Ayie yang membawa kami untuk mencapai sasaran misi.ini.Segala pahit dan manis akan kami kongsi disini.Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada kami untuk terus menawan 2 lagi puncak iaitu Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat untuk melengkapkan G7 seterusnya menawan puncak Rinjiani di Indonesia pada tahun 2011.
 



 
  
  
  














3 comments:

  1. tahniah semua! semoga ianya akan menjadi kenangan bersama sepanjang hayat! keep up the good work!

    ReplyDelete
  2. camner nak join?

    ReplyDelete