Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog http://jejakrimba.blogspot.com/

Tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan gambar-gambar yang menarik kepada meraka yang gemar dgn aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan faona yang terdapat di negara kita .



Kelab jejak Rimba ini adalah dibawah organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur dan ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2007 dimana projek yang pertama kami adalah mendaki mendaki Gunung Tahan pada tahun 2008.

selain dari aktiviti-aktiviti lasak,Kelab Jejak Rimba ditubuhkan adalah bertujuan untuk mempromosi aktiviti persembahan di Istana Budaya.untuk maklumat lanjut mengenai Istana Budaya, anda bolehlah melayari http://www.istanabudaya.gov.my/
Melalui Blog ini,kami sangat Mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan serta pengalaman-pengalaman anda untuk dikongsi bersama kami.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa anda disini.


"Menyapu Awan Menyulam kenangan"

Team Jejak Rimba

Team Jejak Rimba
Istana Budaya

2/18/2010

Misi Menawan Puncak Korbu,Gayong,Yong Yap dan Yong Belar

   Esok  19/02/2010 jam 10.00am,kami akan bertolak dari Istana Budaya untuk menjalankan misi pendakian puncak V2.Pendakian ini dijangka mengambil masa selama 8 hari.Segala persiapan semuanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang walaupun ada diantara sahabat-sahabat kami tidak dapat menyertai misi ini atas sebab-sebab tertentu.Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terutamanya rakan-rakan Istana Budaya yg banyak memberi sokongan dan semangat kepada kami untuk menjayakan misi ini.Kami berharap akan dapat menawan puncak-puncak V2 dengan jayanya walaupun kami tahu banyak rintangan dan cabaran  yang menanti kami disana.

Sekembalinya kami dari puncak V2, kami akan berkongsi kenangan-kenangan pahit dan manis semasa misi pendakian kami bersama anda. kami akan paparkan segala photo-photo yang menarik sepanjang pendakian ini.

Nantikan Kepulangan Kami dengan membawa seribu kenangan...dan doakan kejayaan kami..

"Explorasi Banjaran Titiwangsa"

No comments:

Post a Comment