Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog http://jejakrimba.blogspot.com/

Tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan gambar-gambar yang menarik kepada meraka yang gemar dgn aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan faona yang terdapat di negara kita .



Kelab jejak Rimba ini adalah dibawah organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur dan ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2007 dimana projek yang pertama kami adalah mendaki mendaki Gunung Tahan pada tahun 2008.

selain dari aktiviti-aktiviti lasak,Kelab Jejak Rimba ditubuhkan adalah bertujuan untuk mempromosi aktiviti persembahan di Istana Budaya.untuk maklumat lanjut mengenai Istana Budaya, anda bolehlah melayari http://www.istanabudaya.gov.my/
Melalui Blog ini,kami sangat Mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan serta pengalaman-pengalaman anda untuk dikongsi bersama kami.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa anda disini.


"Menyapu Awan Menyulam kenangan"

Team Jejak Rimba

Team Jejak Rimba
Istana Budaya

1/21/2010

Track V.2 G.Korbu.Gayong,Yong Yap Dan Yong Belar




Projek terbaru kami untuk tahun 2010 ialah untu menawan empat gunung yg tergolong dlm G7.Antara gunungnya ialah gunung Korbu,Gayong,Yong Yap dan Yong belar.projek ini akan bermula pd 19 Feb-26 Feb 2010.Pendakian ini dijangka mengambil masa selama 7 hari.Kumpulan ini yg akan turut serta adalah seramai 30 orang dimana 10 orang dari kumpulan Muzium Negara.Jurupandu arah dlm projek ini adalah penduduk tempatan yg terdiri dari org asli di situ.Pendakian ini dikatan lebih mencabar jika dibandingkan dgn Gunung Tahan dan Gunung-Gunung G7 yg seantara dgnnya.Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kpd OGKL(Orang Gunung Kuala Lumpur) terutamanya abang Deeno yg banyak membantu dari segi persiapan dan info-info yg boleh diguna pakai semasa pendakian nanti.Kami berharap projek pendakian ini akan berjaya dan terpalit kenangan di hati kpd semua pendaki-pendaki.Doakan kejayaan Kami.Nantikan gambar-gambar yg menarik dari kami.

"Menyapu Awan Menyulam Kenangan"



PESERTA-PESERTA MISSION V2 2010


-Mizi
-yeop
-En.Halim
-Niko
-Jai Pans
-Jawa
-Amir
-Abg Jamal
-Nor
-Ayie
-Khai
-Wan Z
-Irwan
-Sha
-Abg Fai
-Solex
-Kak Imah
-Yem
-Khalid
-Barat
-Tamby
-Azhari
-Nizam
-Sham
-Zaidi
-sabri
-Rizal

Info Trans Titiwangsa ( V2 )

G. Korbu, G.Gayong, G. Yong Belar, G. Yong Yap

Gunung Korbu (7,162 kaki dpl), Gunung Gayong (7,129 kaki dpl) dan Gunung Yong Belar (7,156 kaki dpl) merupakan antara gunung utama yang membentuk banjaran titiwangsa . Gunung–gunung ini mempunyai ketinggian melebihi 7000 kaki merupakan antara gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. Merasai cabarannya yang di kategorikan oleh kebanyakan trekkers sebagai kategori “Hardcore “.

RouteUlu Kinta - Cameron HighlandCameron Highland - Ulu Kinta (reverse)Intake Ulu KintaTeletak di daerah Ulu Kinta menjadi tempat mula pendakian. Pendakian bermula dekat Pej. Perhutanan Ulu Kinta. Ada sungai dan warung Orang Asli di sini. Laluan balak yang mencanak hingga ke kawasan Dam Ulu Kinta.Trail seterusnya menyusuri sepanjang Sg. Kinta hingga ke Pondok Wakaf. Terdapat beberapa penempatan orang asli sepanjang trek ini. Trail ini akan ditenggelamkan apabila empangan siap kelak.Pondok WakafKem site yang didirikan berhanpiran pintu rimba, Sebuah pondok wakaf juga didirikan tetapi telah pun runtuh dimamah usia. Sumber air boleh bersih diambil dari anak sungai berhanpiran. Kem SerojaMasa perjalanan kira-kira 4-6 jam dari Pondok Wakaf. Ada dua pondok didirikan disini sebagai tempat rehat (satu dah sembah bumi) dan bersebelahan sungai yang jernih. Trek ke sini banyak melintas jeram sungai. Cabaran utama melangkah balak besar yang tumbang merentangi trek di tebing bukit. Kem seroja sering dikaitkan dengan cerita mistik dikatakan tempat jin bertenggek. Kem KijangTrek ke sini agak mencanak, pendaki perlu mendaki Bukit Betung. Masa ke sini kira-kira 2-4 jam dari Kem Seroja. 2 jam perjalanan ke Korbu akan jumpa air Terjun dan 'last water point'.

Bukit BotakPuncak bukit ini gondol sebesar sebuah khemah dan dikelilingi pokok-pokok. G. Korbu dan anak G. Korbu jelas kelihatan. Disebelah kanan trail pendaki boleh melihat G. Raya. Trek dari sini ke G. Korbu ada yang perlu menggunakan tali terutama di tebing tegak.G. KorbuTrek mencanak hingga ke G. Korbu, adakalanya trek batu berlumut yang agak licin. Dari last water point kira-kira 4-6 jam. Boleh mendirikan khemah di puncak yang boleh memuatkan 20 - 30 orang. Suhu malam di puncak ini begitu dingin walau puncak agak dikelilingi dengan pokok-pokok. Kini terdapat batu tanda dipuncak gunung.

Panorama menarik sekeliling G.Korbu. Boleh nampak G. Chamah -G.Ulu Sepat arah ke Utara. Gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa. Jalan CH - Simpang Pulai juga boleh nampak. Panorama neon di waktu malam Bandaraya Ipoh dan sekitar. G. GayongHanya 2-4 jam perjalanan dari puncak Korbu melalui permatang gunung. Sebelum tiba puncak gunung ada simpang G. Gayung. 5 minit dari simpang boleh sampai ke puncak. Simpang G. Gayong adalah persimpangan trek ke G. Junction. Kem site di puncak G. Gayong lebih luas berbanding Simpang G. Gayung.Kem CerekKem dengan cerek lama yang tinggalkan disini. Trek menurun dari G. Gayung dengan masa perjalanan setengah jam. Keluasan kem agak besar dan boleh memuatkan 20orang. Sumber air jauh kebawah cerun yang curam. Terdapat alur air satu disebelah kanan (air agak kekuningan) dan satu lagi berjarak 10 langkah disebelah kiri, airnya jernih dan dingin.G. JunctionHanya 2-6 jam dari G. Gayung. Trek dari Kem Cerek kebanyakannya mendaki. Pokok besar-besar dan berlumut sepanjang trek. Tapak kem site di puncak cukup luas menampung 40 orang. Puncak gunung ini menjadi persimpangan trek ke G. Yong Yap (trans Titiwangsa V.2). Panorama matahari terbenam disekalik G. Gayung dan G. Korbu cukup indah.Puncak 6850Puncak yang tiada nama ini hanya dikenali dengan ketinggiannya. 2088m ketinggian yang ditanda dalam peta topografi. Puncak gunung ini bersebelahan dan berdekatan dengan G. Junction. Cuma beberapa minit dari G. Junction. Luas puncak ini cukup kecil dan berpokok bonsai.Kem H2OCheckpoint ini dinamakan H2O kerana ada menjadi sumber air sungai berjeram buat bekalan pendaki. Trek dari Puncak 6850 ke sini menurun curam dan cerun berbatu. Ada masanya pendaki perlu menuruni menggunakan tali yang disediakan. Pendaki akan melintas sebatang anak sungai (sungai yang sama)sebelum tiba di Kem H2O. Ada kawasan khemah disini sesuai untuk pendaki bermalam. H20 ke G.Yong Belar ada satu lagi last water point.Kem KualiKem ditengah-tengah hutan ditandakan dengan Kuali ini ada sumber air, last water point sebelum tiba ke G. Yong Belar. 1 jam ke puncak G. Yong Belar. Luas kem ini dan agak datar sesuai untuk 20 - 30 orang. Kawasan ini agak sejuk dan menjadi laluan angin walau dikelilingi pokok-pokok besar yan g berlumut. Sumber air cukup dekat dan adakalanya kering di musim panas. Trek dari Kem kuali ke G. Yong Belar, pokok masih besar-besar dan berlumut.G. Yong BelarPuncak yang boleh memuatkan 5-6 khemah. Sebahagian dari puncak telah runtuh. Kesan tanah runtuh masih jelas dan membuatkan tiada penghalang angin ke kawasan puncak. Panorama indah terutama bayang-bayang G. yong belar semasa pagi. G. Irau dan G. Berinchang jelas kelihatan. Begitu juga gunung-gunung sekitar Banjaran Titiwangsa.Anak G. Yong BelarTrail dari G. Yong Belar ke sini dipenuhi pokok-pokok bonsai. Puncak G. Yong Belar jelas kelihatan. puncak anak G. Yong Belar boleh digunakan berkhemah tapi lebih kecil berbanding puncak G. Yong Belar.Kem Tudung PeriukTrek ke sini agak lembab dan adakalanya begitu lecak. Trek tidaklah mencanak cuma dipenuhi akar-akar kayu merentang hingga pendaki kena kerap menyusup atau melangkah akar kayu.

Puncak GurkhaPuncak ini yang kecil sesuai dijadikan tempat take 5 minit break. View point pun ada.Kem GurkhaKem ni luas dan datar. Berada tepi anak sungai. Terlindung dari angin. Sejam perjalanan mendaki ke G. Challi (Pondok), Adakalanya lalu di rabung dan bercerun curam serta dikelilingi pokok bonsai dan terdedah pada tiupan angin.G. Challi (Pondok)Puncak ini dikelilingi pokok setinggi 2-3 meter. Pendaki perlu memanjat pokok untuk tengok panorama. Panorama neon pekan Gopeng boleh dilihat dimalam hari. Kawasan puncak agak datar dan boleh pasang flysheet untuk 10-15orang. Ada satu tapak khemah berdekatan muat untuk 1-2 khemah. G. 3 NegeriGunung ini juga dipanggil Triangle memandangkan ada batu sempadan berbentuk 'triangle' memisahkan 3 buah negeri, Perak, Pahang dan Kelantan. Kawasan puncak terdedah tanpa pokok. Keluasan puncak agak sama dengan G. Challi (Pondok) tetapi tanahnya berabung dan tak sesuai untuk berkhemah. Trek dari gunung ini ke Dam Blue Valley melalui sepanjang sempadan Pahang - Kelantan. Terdapat batu tanda sepanjang trek.Puncak 6040'Puncak ini ditandakan dengan batu tanda. Rumput pendek sekeliling kawasan puncak seperti terjaga.Kem TopoKem ini merupakan last waterpoint ke G. 3 Negeri. Ada alur air tidak jauh dikawasan lembah berdekatan.Kem TNB Dam, Blue Valley2-4 jam dari Kem Tudung Periuk dengan bekas laluan balak. 400++ anak tangga menamatkan trek bagi yang menamatkan ekspedisi disini dan sebaliknya. Kini ada laluan alternatif menyusuri anak sungai sebelum Dam dari jalan ke Dam hingga ke batu tanda 136.

2 comments: