Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog http://jejakrimba.blogspot.com/

Tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan gambar-gambar yang menarik kepada meraka yang gemar dgn aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan faona yang terdapat di negara kita .



Kelab jejak Rimba ini adalah dibawah organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur dan ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2007 dimana projek yang pertama kami adalah mendaki mendaki Gunung Tahan pada tahun 2008.

selain dari aktiviti-aktiviti lasak,Kelab Jejak Rimba ditubuhkan adalah bertujuan untuk mempromosi aktiviti persembahan di Istana Budaya.untuk maklumat lanjut mengenai Istana Budaya, anda bolehlah melayari http://www.istanabudaya.gov.my/
Melalui Blog ini,kami sangat Mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan serta pengalaman-pengalaman anda untuk dikongsi bersama kami.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa anda disini.


"Menyapu Awan Menyulam kenangan"

Team Jejak Rimba

Team Jejak Rimba
Istana Budaya

3/06/2009

xpdc Gunung Kinabalu


Kelab Jejakrimba telah melancarkan program xpdc ke Gunung Kinabalu pada 18/2/2009Seramai 15 peserta telah diberi amanah untuk menyahut cabaran tersebut.Kami bertolak ke LCCT dgn menaiki penerbangan AirAsia dan berlepas tepat pukul 9:30 pg.

Sampai di Kota Kinabalu kami disambut oleh jurupandu kami iaitu Mr Bobby.Beliau merupakan anak tempatan negeri Sabah.beliau lah yg menguruskan segala penempatan dan permit pendakian kami di sana.

Kami bertolak dari Kota kinabalu pada sebelah pagi untuk ke Taman Kinabalu dengan menaiki bas yang dipandu oleh Uncle Wong yang mengambil masa kira-kira 2 jam lebih.Perjalanan kami tidaklah membosankan kerana kami melalui lereng-lereng kaki gunung Kinabalu dimana kami dapat melihat keindahan alam semulajadi yang begitu menakjubkan.

Kami sampai ke Taman kinabalu lebih kurang pukul 11:00 pg untuk memulakan pendakian ke Labanrata sebelum menuju ke puncak keesokannya.(ade hostel kt sane..)

Pendakian ini nampak macam mudah..kerana trek ke puncak telah sedia ada.Tetapi pendakian ini sungguh memenatkan... dan memerlukan kecergasan dari segi mental dan fizikal.Kami juga perlu mengejar masa untuk ke Labanrata(bermalam) kerana kami perlu mendaki ke puncak pada pukul 2:00 pg.Itu adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Pihak Taman Kinabalu.

Kami sampai ke Labanrata lebih kurang pukul 6:00ptg setelah 5jam mendaki dan kumpulan yang terakhir sampai pada pukul 9:00mlm.(Group OKU)
Walaupun kami semua dalam keadaan yang penat dan ada antara kawan-kawan kami yang sakit kaki,mabuk gunung,nak demam panas la.. dan macam-macam penyakit pelik lagi.. tetapi kami semua...tetap bersemangat untuk menawan puncak Kinabalu.
Tepat pukul 2:00pagi kami telah bersiap-siap untuk meneruskan cabaran kami yang tinggal suku lagi untuk sampai ke puncak.
Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 3:00 pagi dan merupakan antara kumpulan yang terakhir bergerak.kumpulan-kumpulan dari pelancong-pelancong asing semua dah gerak awal dah...Kami perlu sampai ke puncak sebelum pukul 6:30 pg.(mati loh...)

Semasa pendakian ke puncak lg teruk...dgn cuaca yg teramat sejuk,kekurangan oksigen yang menyebabkan kami cepat terasa penat..maklumlah...taraining pun tak...

Sepanjang pendakian kami dapat menyaksikan keindahan bintang-bintang dilangit dan cahaya-cahaya lampu suluh yg berkelipan(mcm pelita Raye.. pulak) dari pendaki-pendaki yang lain.Walaupun penat..tetapi kami kuatkan semangat untuk sampai ke puncak walaupun ade yang dah hilang semangat.Itulah pentingnya semangat berpasukan... Sebelum ke puncak..kami mesti melalui chekpoint untuk mengesahkan identiti kami.. (Aik..kat sini pun ade pondok telefon)

Akhirnya 6 orang antara kumpulan kami telah sampai ke puncak pada pukul 6:00 pg hinga pukul 6:30 pg.Aik..mane pegi yang lain...ha.... Mulanya..kami merasa sedikit kecewa..kerana tidak semua kumpulan kami sampai ke puncak sebab kami dah diberitahu.. kene sampai kat puncak sebelum pukul 6:30 pagi.

Setelah matahari terbit lebih kurang setengah jam..kami telah diarahkan turun.Ketika perjalanan turun...kami telah bertemu rakan-rakan kami yang tercicir..dan Kami berasa bangga..kerana walaupun lewat sampai..tetapi mereka tetap bersemangat untuk meneruskan Pendakian untuk ke puncak...(cuaca pada ketika itu baik dan tidak hujan..dan mereka dibenarkan untuk meneruskan pendakian)dan kami memberikan kata-kata semangat kepada mereka..walaupun..kami nak turun dah..sebab penat giler...dan keadaan cuaca yang...sejuk.

Akhirnya...kami semua berbangga.. kerana kami semua..termasuk veteran kami..abg Jamal telah berjaya sampai ke puncak yang tertinggi di Asia Tenggara walaupun 2 orang rakan kami..tidak dapat naik ke puncak.. atas masalah kesihatan.Kami juga berbangga kerana dapat mengibarkan bendera Istana Budaya dan kami..adalah warga Istana Budaya yang pertama yg berjaya mengibarkan bendera Istana Budaya.

Keindahan di puncak begitu sejuk dan indah..sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.Tetapi..anda dapat menyaksikan segala foto-foto kenangan terindah dan suka duka kami yang akan dikenang sampai bila-bila...

3 comments:

  1. Hi,how are you today?
    I was replied some comments for you befor,
    I wanna introduce a good product brand to you,
    Its name call MesoPhase Technologies,Inc.
    Websign is:
    http://www.mesophase.com.tw/english/index_01.htm

    MESOPHASE extraction to provide a variety of materials (plants, Chinese herbs, tea, algae, special materials ... etc.), from OEM to ODM MESOPHASE will be able to provide customers the most satisfactory and most complete service.

    ReplyDelete
  2. Hi,how are you today?
    I was replied some comments for you befor,
    I wanna introduce a good product brand to you,
    Its name call MesoPhase Technologies,Inc.
    Websign is:
    http://www.mesophase.com.tw/english/index_01.htm

    MESOPHASE extraction to provide a variety of materials (plants, Chinese herbs, tea, algae, special materials ... etc.), from OEM to ODM MESOPHASE will be able to provide customers the most satisfactory and most complete service.

    ReplyDelete
  3. Hi,how are you today?
    I was replied some comments for you befor,
    I wanna introduce a good product brand to you,
    Its name call MesoPhase Technologies,Inc.
    Websign is:
    http://www.mesophase.com.tw/english/index_01.htm

    MESOPHASE extraction to provide a variety of materials (plants, Chinese herbs, tea, algae, special materials ... etc.), from OEM to ODM MESOPHASE will be able to provide customers the most satisfactory and most complete service.

    ReplyDelete