Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog http://jejakrimba.blogspot.com/

Tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan gambar-gambar yang menarik kepada meraka yang gemar dgn aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan faona yang terdapat di negara kita .



Kelab jejak Rimba ini adalah dibawah organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur dan ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2007 dimana projek yang pertama kami adalah mendaki mendaki Gunung Tahan pada tahun 2008.

selain dari aktiviti-aktiviti lasak,Kelab Jejak Rimba ditubuhkan adalah bertujuan untuk mempromosi aktiviti persembahan di Istana Budaya.untuk maklumat lanjut mengenai Istana Budaya, anda bolehlah melayari http://www.istanabudaya.gov.my/
Melalui Blog ini,kami sangat Mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan serta pengalaman-pengalaman anda untuk dikongsi bersama kami.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa anda disini.


"Menyapu Awan Menyulam kenangan"

Team Jejak Rimba

Team Jejak Rimba
Istana Budaya

1/01/2009

Projek 2009

Kelab jejak rimba Istana Budaya akan membuat satu lagi projek pd tahun 2009 iaitu XPDC mendaki Gunung Kinabalu (Gunung tertinggi di Asia Tenggara) pd bulan Februari 2009.
Ini merupakan projek yang ke-3 kami selepas Gunung Buah dan Gunung Tahan pada tahun 2008.

Seramai 15 orang dari staf-staf Istana Budaya akan menyertai XPDC ini.
Projek ini telah dirancang pada pertengahan 2008 dan InsyaAllah kami berharap Projek ini akan berupaya untuk menaikkan lagi nama Kelab Jejak Rimba Istana Budaya Kuala Lumpur.

Nantikan gambar-gambar serta pengalaman-pengalaman yang menarik dari kami.

Anda juga adalah dialu-alukan untuk berkongsi pengalaman dengan kami Jika anda sudah berjaya menawan Puncak Kinabalu.

1 comment:

  1. Blog anda telah dimasukkan di dalam my blog http://pensolo.blogspot.com

    ReplyDelete