Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog http://jejakrimba.blogspot.com/

Tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan gambar-gambar yang menarik kepada meraka yang gemar dgn aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan faona yang terdapat di negara kita .



Kelab jejak Rimba ini adalah dibawah organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur dan ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2007 dimana projek yang pertama kami adalah mendaki mendaki Gunung Tahan pada tahun 2008.

selain dari aktiviti-aktiviti lasak,Kelab Jejak Rimba ditubuhkan adalah bertujuan untuk mempromosi aktiviti persembahan di Istana Budaya.untuk maklumat lanjut mengenai Istana Budaya, anda bolehlah melayari http://www.istanabudaya.gov.my/
Melalui Blog ini,kami sangat Mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan serta pengalaman-pengalaman anda untuk dikongsi bersama kami.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa anda disini.


"Menyapu Awan Menyulam kenangan"

Team Jejak Rimba

Team Jejak Rimba
Istana Budaya

8/28/2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tema Hari Kemerdekaan 2013. Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku. Tanggal 31 Ogos 2013 Malaysia penuh semangat meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56. Marilah kita tanamkan semangat nasionalisme dan cinta akan Malaysia, tanah tumpah darah kita.Marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan ini agar ia sentiasa berada dalam tangan kita buat selama-lamanya..Janganlah kita leka dan alpa di atas kesenangan dan kemewahan yang ada sekarang kerana kelak ia akan membuatkan kita tenggelam di telan semua itu dan akhirnya negara kita tergadai. Selamat Hari Kemerdekaan ke 56 untuk Rakyat Malaysia...