Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kerana sudi melayari blog http://jejakrimba.blogspot.com/

Tujuan blog ini dibina adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman-pengalaman dan gambar-gambar yang menarik kepada meraka yang gemar dgn aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menikmati keindahan flora dan faona yang terdapat di negara kita .



Kelab jejak Rimba ini adalah dibawah organisasi Istana Budaya Kuala Lumpur dan ditubuhkan dalam pertengahan tahun 2007 dimana projek yang pertama kami adalah mendaki mendaki Gunung Tahan pada tahun 2008.

selain dari aktiviti-aktiviti lasak,Kelab Jejak Rimba ditubuhkan adalah bertujuan untuk mempromosi aktiviti persembahan di Istana Budaya.untuk maklumat lanjut mengenai Istana Budaya, anda bolehlah melayari http://www.istanabudaya.gov.my/
Melalui Blog ini,kami sangat Mengalu-alukan sebarang pandangan atau cadangan serta pengalaman-pengalaman anda untuk dikongsi bersama kami.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa anda disini.


"Menyapu Awan Menyulam kenangan"

Team Jejak Rimba

Team Jejak Rimba
Istana Budaya

10/05/2010

Xpdc Mendaki Bujang Melaka Team Jejak Rimba 28-29 Mei 2010

Team Jejak Rimba telah mengadakan satu trip santai ke gunung bujang Melaka yang terletak di daerah Kampar Perak. Xpdc ini disertai oleh group Muzium dan Istana Budaya seramai  16 orang. Xpdc ini mengambil masa selama 2 hari 1 malam untuk sampai kepuncak Gunung Bujang Melaka. Semasa dalam perjalan menuju ke kem lebah terdapat banyak liku anak sungai yang masih tidak tercemar dan segar. Suasana semasa perjalanan sungguh indah dan nyaman dengan keindahan alam floranya. Perjalanan menuju ke kem Lebah mengambil masa lebih kurang 4-5 jam sahaja. Di kem lebah terdapat sumber air yang banyak dan sesuai untuk perkhemahan di situ. Keesokkannya masa untuk ke puncak Gunung Bujang Melaka adalah 2-3 jam sahaja. Setibanya di puncak kami dapat melihat 'view' bandar Kampar dan anak-anak sungai. Di sini kami kongsikan gambar-gambar menarik untuk tatapan umum. XPDC akan datang adalah mendaki Gunung Tapis yang terletak dinegeri Pahang.